Menghadapi masalah sakit jantung Sabran Asmawi

Masalah sakit jantung mula dikesan di pertengahan tahun 2005 apabila Allahyarham TG sering mengadu berasa sesak nafas ketika menaiki tangga terutamanya. Membuat pemeriksaan awal di klinik pekan Bagan Serai, Allahyarham TG dirujuk untuk mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, Kuala Lumpur pada 16hb Ogos 2005.

Setelah bertemu dengan pakar jantung di HUKM Dr. Azmi bin Mohd Nor, Allahyarham TG pada hari yang sama dirujuk pula kepada Dato’ Dr Yahya seorang pakar jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. Di IJN, Allahyarham TG segera diagnosis dan didapati mengalami keadaan yang agak serius yang menyebabkan pihak IJN terpaksa memasukkan Allahyarham TG ke wad. Ini berdasarkan laporan awal yang menunjukkan bahawa jantung Allahyarham TG telah membengkak lebih dari 10mm berbanding saiz orang normal iaitu antara simton bagi Penyakit jantung koronari.

Serentak dengan itulah Allahyarham TG diminta untuk berehat buat sementara waktu dari semua aktiviti yang biasa dilakukan. Tempat yang paling baik untuk berehat adalah di Wad IJN sebelum di discaj lebih kurang 20 hari kemudiannya. Di dalam masa tersebut pihak IJN melalui pakar jantung telah melakukan beberapa siri diagnose dan rawatan termasuklah Angiogram[17]. Hasil daripada ujian lanjut itu; telah mendapati bahawa 3 daripada 5 saluran utama jantung Allahyarham TG telah tersumbat.

Pada perkiraan awalnya, doktor yang merawat bercadang untuk melakukan pembedahan pintasan jantung Coronary bypass[18] selain daripada beberapa pilihan yang lain seperti “rawatan belon” dan sebagainya. Namun akhirnya kesemuanya itu tidak dilaksanakan memandangkan komplikasi yang bakal dihadapi. Faktor umur juga telah meningkatkan risiko kegagalan bagi mengizinkan para doktor di IJN berbuat demikian. Ada juga andaian mengatakan bahawa kemungkinan besar bahawa Allahyrham TG sendiri, tidak bersedia untuk melakukannya memandangkan peluang untuk pulih adalah 50:50 atau lebih rendah. Allahyarham TG berpendapat adalah lebih baik bertahan dengan ubat-ubatan sahaja.

Selama beristirahat di IJN, ramai kalangan sanak saudara, anak murid, kenalan dan sahabat handai yang datang menziarah termasuk yang khusus datang dari kampong Alor Pongsu. Ketika di Wad diperhatikan banyak masa Allahyarham TG telah dihabiskan untuk membaca buku terjemahan Karya Abu Hamid Al-Ghazali[19]

Allahyarham TG kemudiannya telah dibenarkan pulang dari IJN ke rumah dengan bekalan ubat-ubatan yang bukan sedikit. Lebih dari 2 plastik bag bersaiz sederhana besar mengandungi pelbagai jenis ubatan yang berkaitan dengan jantung. Setelah pulang ke kampong, Allahyarham TG mengambil peluang untuk terus berehat tanpa melakukan kerja-kerja berat tetapi masih meneruskan kerja mengajar di Surau al-Ansar.

Tanpa berputus asa dengan rahmat Allah ta'ala, selain dari perubatan moden, dalam masa yang sama Allahyarham TG berikhtiar juga secara perubatan tradisional kampong. Namun setiap bulan harus membuat follow-up ke IJN Kuala Lumpur. Keadaan nampak semakin membaik pulih dari semasa ke semasa, sehinggalah kira-kira 1 bulan sebelum berangkat ke tanah suci. Ujian terakhir oleh panel perubatan Tabung Haji (TH) mendapati keadaan kesihatan Allahyarham TG sememangnya excellent untuk menunaikan fardhu haji pada tahun tersebut. Itulah yang sentiasa didoakan dan diinginkan oleh Allahyarham TG; apa keadaan sekalipun mesti pergi ke Mekah setelah hajatnya tertangguh tahun sebelumnya.

Rujukan

WikiPedia: Sabran Asmawi http://quran.al-islam.com/Targama/DispTargam.asp?n... http://www.mail-archive.com/harakahdaily@yahoogrou... http://www.ijn.com.my http://www.karyanet.com.my/knet/ebook/preview/p_Ma... http://www.pilihanraya.com.my http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2005&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&d... http://mufti.penang.gov.my/ahlijawatankuasa.htm